Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

bittaufiq wannajah fi kulli imtihan








kepada semua teman-teman baik sekampus mahupun di kampus-kampus yang lain di
seluruh pelosok malaysia...
selamat menghadapi peperiksaan akhir sem nie..
all the best..

faculty : faculty of mechanical engineering
programme : bachelor of mechanical engineering (structure & material)
subject for this sem :
(final exam)
1)pem.sosio ekonomi malaysia
2) fluid mechanic 1
3)dynamic
4)solid mechanic 1
5)manufacturing process

Saturday, October 17, 2009

jadilah pejuang yang menang

salam ..asif jiddan..atas kelemahan dan kekurangan diri, lama betul biarkan ruangan ini kaku tak terimarah..moga pengunjung tak bosan untuk berkunjung ke ruangan ini...
tq..

"Jadilah Pejuang Yang Menang"



gambar hiasan jak


Setiap pejuang tentunya mengharapkan kejayaan. Tapi sayang ada pejuang-pejuang Islam yang tertipu dengan erti kemenangan. Kadang-kadang terjadi, mereka tertipu dengan wasilah atau alat perjuangan. Mereka menyangka mereka sudah mendapat kemenangan, sedangkan mereka baru berjaya mendapatkan alatnya sahaja. Mereka lupa kepada matlamat sebenar perjuangan.Contohnya ada yang menganggap pembangunan ekonomi adalah langkah asas dalam membangunkan Islam. Kononnya dengan utuhnya ekonomi umat Islam maka utuhlah Islam itu sendiri. Malangnya, setelah berjaya dalam bidang ekonomi, yang terbangun dalam diri mereka hanyalah material, tapi Islam tidak juga terbangun. Syariat Islam tidak juga dapat ditegakkan,bukan saja dalam masyarakat bahkan dalam diri.Ada juga pejuang yang menganggap apabila sudah mendapat kuasa, mereka sudah menang. Mereka terlupa matlamat perjuangan yang sebenarnya. Walaupun dunia ini jatuh dalam genggaman mereka, tetapi jika masyarakatnya tidak dapat diubah kepada pengamalan Islam yang sempurna, maka sebenarnya mereka masih kalah.

Sejarah menceritakan para pengikut Thalut lupa pada perjuangan setelah terjumpa sungai. Walaupun dipesan-pesan oleh Thalut agar jangan berlengah-lengah di tebing sungai, namun ramai juga yang enggan meneruskan perjalanan dan ingin memulakan penghidupan baru di tebing sungai itu. Sebenarnya perkara ini berpunca daripada beberapa kesilapan para pejuang itu sendiri antaranya :
? Tugas sebenar seorang pejuang.
? Kurang memahami matlamat perjuangan.
? Tiadanya keikhlasan dalam perjuangan.
? Dalam hati mereka masih ada cinta dunia, ada tujuan-tujuan peribadi dalam perjuangan, ingin kedudukan, pengaruh dan sebagainya.

Bila ramai individu begini dalam perjuangan, perjuangan itu akan hanyut seperti hanyutnya pondok buruk dilanda air bah besar. Malanglah jika ini terjadi, di dunia terhina manakala di Akhirat terseksa. Seseorang pejuang itu mesti tahu bahawa dia mempunyai dua tugas.

Pertamanya membaiki diri dan kedua membaiki masyarakat. Matlamat perjuangan Islam ialah menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Oleh itu perlu ditegakkan kalimah Allah dalam diri dahulu.Inilah perjuangan pertama yang perlu ditempuhnya. Peribadi pejuang adalah lambang kepada perjuangan. Sikap dan perlakuannya merupakan lisanul hal yang menjadi contoh kepada orang-orang yang didakwahnya. Seorang pejuang yang mengajak orang kepada Islam tetapi dirinya sendiri tidak menggambarkan peribadi mukmin yang sejati, samalah seperti bapak ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.



Juga penting dalam perjuangan ialah bantuan Allah. Ia penentu kepada kejayaan itu sendiri. Syarat untuk mendapat anugerah rahmat dan pertolongan-Nya ialah taqwa sepertimana
firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah penolong orang yang bertaqwa.”
Al Jathiyah : 19
Untuk menjadi pejuang yang bertaqwa, seseorang itu perlu menempuh jalan yang rumit. Secara ringkasnya ada lapan syarat menuju taqwa:

1. Perlu ada kesedaran Islam. Berlapang dada menerima syariat Islam. Hasil daripada kesedaran itu, mendorongnya mencari ilmu untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

2. Memahami Islam itu sendiri. Kefahaman lahir daripada ilmu yang dicari tadi. Ilmu yang terbaik terhasil daripada gabungan teori dan pengalaman. Kefahaman dalam perjuangan adalah penting agar tidak tersilap langkah. Kefahaman boleh ditanam melalui pembacaan, menghadiri kelas-kelas pengajian dan juga pengalaman.

3. Yakin dengan apa yang telah difahami itu. Contohnya, setelah faham dan yakin hanya Islamlah agama yang benar sebagaiman firman-Nya:
“Agama yang benar disisi Allah ialah Islam.”

Maka berlandaskan keyakinan inilah muncul peribadi yang kental jiwanya, hatta nyawa pun sanggup dijadikan galang ganti untuk mempertahankan Islam yang dicintai. Hasil daripada keyakinanlah maka para sahabat sanggup berhabisan harta, menanggung penderitaan dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah pentingnya keyakinan dalam membina taqwa.

4. Sanggup melaksanakan apa yang diyakini itu. Jika kita yakin hanya Islam agama yang benar, yang boleh menyelesaikan segala persoalan hidup maka kita mesti sanggup untuk melaksanakan hukum-hakam Islam serta sanggup pula memperjuangkannya. Misalnya kita sudah yakin menutup aurat itu wajib, maka kita mesti sanggup menunaikannya. Kesanggupan ini tanda perubahan pada diri. Perubahan pada pengamalan adalah titik tolak menuju taqwa.




5. Mujahadatunnafsi. Namun inilah yang paling sukar ditempuhi, kerana nafsu ialah musuh manusia yang paling jahat. Ia tidak berbatang tubuh yang boleh dikeronyok sampai mati, sebaliknya ia ada dalam diri. Allah telah memberi amaran tentang tipuan nafsu yang jahat ini sepertimana firman-Nya yanng bermaksud :
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”
(Yusuf : 53)
Nafsu umpama daki yang melekat di badan, namun menghilangkannya tidak semudah mencuci daki. Ia perlu digosok, dibersihkan dan disental setiap masa. Mujahadatunnafsi adalah jihad yang paling besar dan berterusan.

6. Istiqamah beramal. Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :
? Mengekalkan amalan walaupun sedikit.
? Memilih amalan yang berterusan untuk diri.
? Mempelbagaikan amal walaupun sedikit.


Amalan yang istiqamah akan memberikan kesan umpama air yang dititiskan ke batu yang keras; sekeras-keras batu pun akan lekuk juga akhirnya. Maka amalan yang istiqamah akhirnya akan membuahkan iman dan akhlak serta akan menjadi benteng daripada godaan nafsu dan syaitan yang tidak pernah rehat.

7. Ada jemaah

8. Di samping semua syarat di atas, kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara dan memberi taufiq kepada kita.

Seorang pejuang yang sudah berjaya mendapat taqwa, ertinya dia sudah mendapat kejayaan yang tidak ternilai. Taqwa adalah syarat utama untuk berjaya dalam membaiki masyarakat dan yang paling penting untuk mendapat kemenangan hakiki iaitu kemenangan di Akhirat sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
(Surah As Shoff : 11-12)



moga kita mampu meletakkan diri kita dalam kalangan orang yang beruntung.

Thursday, July 23, 2009

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar



Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.

Monday, July 20, 2009

ISRA' MIKRAJ perjalanan luar Pemikiran,Satu KEBENARAN!!

Sempena 27 rejab 1430h,..

Masih ingat lagi sebahagian berkenaan sirah nabi ,peristiwa isra’mikraj…
Flash back sikitla..Masa tue masih muda lagi.. baru form 3…baru nak berjinak-jinak dengan kekeluargaan yang dinamakan ‘usrah’ walaupun tak faham apa benda usrah nie..tak kesah..sistem dalam kepala otak masa tue ‘sistem ikut-ikut kawan jak’..tak sah kalo tak ikut kawan..teruk betul kan..tapi Alhamdulillah..lepas beberapa lama kemudian fahamlah juga sedikit demi sedikit yang dimaksudkan usrah tue..nasib baik terikut benda yang bagus kan..syukur Alhamdulillah..



Lets Continue… Ingat lagi hari selasa malam rabu,7hb Disember 2004,jam 10 malam..kat Surau Nurul Huda kg. Airport Lama Tawau(detail sebab tercatat kat diari islamku yang baru kubeli tahun tue dan masih ada sampai sekarang..hehe)nama kg. pelik tapi di kg. nie la ¾ dari umurku kuhabisi dengan pelbagai perkara taw..malam tue,dudukla kami berenam(aku,yusri,joni,hanafi,azman,shahrilsal) mendengar pengisian yang disampaikan oleh cikgu arifin(abg arifin)…



Bang Arifin (naqib masa tue) buka sedikit perbincangan,”Adik-adik tahu tak sedikit sebanyak berkenaan dengan peristiwa isra’ mikraj? Dan apa peristiwa yang berlaku kat umat islam masa tue?”oh.., kalo tak silap isra’ tue perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil aqsa..mikraj tue perjalanan nabi dari masjidil aqsa ke sidratul muntaha kat langit ke-7,”pantas yusri(tua setahun dari aku)bagi respon ..”nabi muhammad naik buraq masa tue kan,”adiknya shahril(muda setahun dari aku) pulak menyampuk..hebat dua orang temanku nie..tak macam aku yang asyik-asyik lambat pick-up ..”bagus, apa yang kamu dua cakap tue ..betul,abg yakin semua tahu tentang peristiwa isra’ mikraj nie kan..Cuma abg nak highlightkan tentang penerimaan orang islam masa itu…bayangkanlah,masa tu,ramai yang meragui apa yang diceritakan oleh nabi s.a.w berkenaan peristiwa yang menimpa diri baginda s.a.w..

ya la kan…mana taknya.. logical thinking bagi manusia takkan berupaya memikirkan sesuatu yang melebihi luar batas pemikiran mereka…hanya orang islam yang beriman(yakin,percaya tanpa ragu) kepada Rasulullah s.a.w sahaja yang akan mempercayai apa yang disampaikan oleh Rasul ALLAH,Muhammad s.a.w masa tue ..masa tue saidina abu bakar merupakan orang pertama yang mempercayai kebenaran peristiwa isra’mikraj tersebut..sedang sebilangan yang lain masih meragui apa yang berlaku”..

Subhanallah..Maha Suci ALLAH,TUHAN yang mampu menjadikan sesuatu perkara atas kehendakNYA . ..

“biklah,Abang bagi satu analogi,.."PERJALANAN SI SEEKOR SEMUT'



Alkisah,terdapat sekelompok semut yang menempati kawasan di satu sudut bilik sebuah rumah di tawau,sabah…Pada suatu hari,semut A keluar dan memasuki kocek kot tuan punya bilik..kebetulan, selepas itu di pagi hari yang sama,si tuan kena menghadiri satu meeting yang tergempar di bangunan KLCC,di tingkat paling atas(andaian)..

Jadi,si tuan pun bergegas menaiki pesawat peribadi dan terus menuju ke bilik meeting kat KLCC..selang lebih kurang 3 jam perjalanan,si tuan pun sampai ke destinasi dan meneruskan agendanya..2 jam meeting berlalu,si tuan pun langsung sahaja balik ke rumahnya di tawau..so,hitung2 tempoh perjalanan..lebih kurang 9 jam (1/2 hari masa peristiwa berlaku)…betul tak?..masih ingat dengan semut A yang ada kat kocek kot si tuan?..semut tue pun keluar dari kocek kot tersebut dan menemui kaum kerabat dan konco-konconya.



”Hai,aku dari melawat bangunan KLCC nie..siap naik kat tingkat atas lagi..bla..bla..bla..semut A pun ligat bercerita tentang lawatannya ke bangunan KLCC..huh!sampai berkeringat semut yang lain kerana tidak percaya cerita si semut A tadi..ya la..seekor semut?tak kan mampu pergi ke satu tempat yang nun jauh di seberang lautan dengan mengambil masa selang ½ hari?sedangkan nak jalan dari bilik ke halaman rumah pun mengambil masa yang agak lama..inikan pula pergi semenanjung malaysia..siap merentasi laut china selatan lagi tue.. Tak logik,tak logik..

Emm!logik tak logik hakikatnya semut A memang pergi ke sana kan..tak logik dari aspek pemikiran si semut saja..tapi kebesaran ALLAH s.w.t meliputi apa yang ada di sekalian alam,aturan ALLAH s.w.t..tak siapa yang mampu menyangkal..dengan izin dari-NYA..tak mustahil untuk berlakunya sesuatu perkara yang mustahil kat dunia nie…”

harap-harap,adik semua faham apa yang cuba abang sampaikan ya.” Pengharapan bg arifin kepada kami…

Huh!..

Alhamdulillah dapat juga mempertajamkan sedikit minda berkenaan kebesaran ALLAH s.w.t malam tue..(aisemen..rindu pula dengan teman-teman dulu)...




Alhamdulillah..dalam kesempatan kali nie juga saya nak kongsikan
berkenaan isra' mikraj kat bawah..moga ada manfaat buat kita semua..






Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

Peristiwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Isra’ dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi’raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur’an al-Karim.

Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:
"Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha.

Tujuan Isra’ dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.


Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur’an yang sehingga sekarang – bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan (kemujizatan) isi kandungannya.Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah ‘Azza wa Jalla.
[Qishah al-Mi’raj (edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap Rahasia Isra’ – Mi’raj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]


Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali daripada Isra’ dan Mi’raj, baginda menerangkannya kepada kaumnya di Kota Makkah akan peristiwa yang baru dialaminya. Sebahagian daripada orang Islam yang lemah imannya mengingkari khabar tersebut dan murtad daripada Islam. Sementara yang selainnya daripada kalangan kaum kafir turut menolak khabar tersebut. Mereka menuduh baginda hanya berdusta atau setidak-tidaknya baginda hanyalah bermimpi.
Penolakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj masih berlaku sehingga hari ini daripada kalangan umat Islam. Bezanya penolakan mereka dilakukan dengan cara yang lebih halus dan licik. Lebih tepat, mereka adalah orang Islam yang beraliran modernis atau Islam Liberal yang mengunggulkan akal di atas wahyu sehingga apa jua petunjuk wahyu yang tidak logik di sisi akal mereka akan ditolak atau didustakan.

Penolakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj masih berlaku sehingga hari ini daripada kalangan umat Islam. Bezanya penolakan mereka dilakukan dengan cara yang lebih halus dan licik. Lebih tepat, mereka adalah orang Islam yang beraliran Islam Liberal yang mengunggulkan akal di atas wahyu.


Insya-Allah melalui artikel ini penulis akan kemukakan beberapa dalih yang biasa mereka kemukakan untuk mempersoal dan menolak kemukjizatan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Kemudian diikuti dengan penjelasan bagi menjawab persoalan dan penolakan mereka. Kita mulakan dengan dalih yang pertama:

Dalih pertama:
Peristiwa Isra’ adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih.

Penjelasan:
Peristiwa Isra’ dan Mi’raj memang mustahil jika diukur dengan akal tetapi tidak mustahil jika diukur dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Untuk menjelaskan dalih di atas, marilah kita mengkaji firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[al-Isra’ 17:01]


Allah ‘Azza wa Jalla telah memulai ayat di atas dengan “Subhanallah”, kenapakah demikian? Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi rahimahullah (1998M) menerangkan sebabnya, sekali gus menjawab persoalan mustahil atau tidak peristiwa Isra’:
Dalam menyampaikan berita terjadinya peristiwa Isra’ ini Allah Subhanahu wa Ta’ala memulainya dengan kata-kata Subhana…(Maha Suci). Kata-kata Subhana ini akan memberikan pengertian dalam hati seseorang bahawa di sana ada kekuatan yang jauh dari segala macam perbandingan, kekuatan yang jauh melampaui segala kekuatan manusia di muka bumi.

Maka makna perkataan Subhanallah ialah bahawa Allah Maha Suci Zat-Nya, Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya dari sebarang kesamaan (dengan makhluk-Nya). Kalau ada sesuatu perbuatan atau peristiwa yang di situ Allah Subhanahu wa Ta’ala mengatakan bahawa “Dia yang melakukannya” maka saya wajib mensucikan Dia (Allah) dari segala undang-undang dan ketentuan yang berlaku untuk manusia (dalam mengukur perbuatan tersebut). Saya tidak boleh mengukur perbuatan Allah dengan perbuatan saya (kerana Maha Suci Allah daripada memiliki kesamaan dengan makhluk-Nya dalam melakukan sesuatu perbuatan). Oleh kerana itulah surah ini dimulai-Nya dengan kata-kata “Subhana” (Maha Suci) sehingga akan timbul kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib lagi luar biasa, di luar jangkauan akal dan kemampuan manusia.
[Isra’ dan Mi’raj (edisi terjemahan oleh Noraine Abu dengan judul yang sama; Dinie Publishers, Kuala Lumpur 1994), ms. 39-40]

Di sini juga perlu dibezakan bahawa peristiwa Isra’ bukanlah atas usaha Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjelaskan lagi perbezaan ini:
Sesuatu pekerjaan selalunya menurut ukuran siapa yang mengerjakannya. Misalnya dikatakan si A sedang berkhutbah, maka kita harus mengukur mutu khutbah itu dengan kemampuan si A sendiri. Begitu juga, seandainya si B yang melakukannya maka kita mengukurnya dengan kemampuan si B sendiri. Kalau dikatakan si fulan memikul satu beban maka kita mengerti bahawa dia memiliki kemampuan untuk memikulnya. Jadi bentuk, model dan kualiti sesuatu perkerjaan selalu diukur berdasarkan siapa yang mengerjakannya, bukan dengan ukuran lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan (mengisra’kan) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari".[al-Isra’ 17:01]
Dari ayat ini jelas bahawa yang “mengisra’kan” yakni yang melakukan perbuatan Isra’ adalah Allah. Dia bertindak sebagai subjek manakala Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai objek. Jadi perbuatan “mengisra’kan” harus diukur dengan kriteria yang berlaku untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan dengan kriteria yang berlaku untuk Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kerana baginda tidak berkata “Aku telah berisra’ sendiri aku.”
……
Oleh itu membandingkan perbuatan Isra’ kepada kemampuan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah tidak benar. Kalau hendak diukur kualiti (atau kemampuan) perbuatan “mengisra’kan” , hendaklah ia diukur dengan kemampuan Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana Dia-lah yang melakukannya. Dalam peristiwa Isra’ ini Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dibawa oleh satu kekuatan yang di luar kekuatan atau kemampuan dirinya sendiri, yakni oleh kekuatan (Allah Subhanahu wa Ta’ala) yang tidak dapat diukur dengan apa jua.
[Isra’ dan Mi’raj, ms. 43-44]

keseluruhan peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah dibawah kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tidak boleh diukur benar atau tidak berdasarkan apa-apa ukuran manusiawi. Ini kerana Maha Suci Allah daripada memiliki apa-apa persamaan dengan makhluknya, sama ada dari segi Zat, Sifat mahupun Perbuatan.
Firman Allah:
"Tiada sesuatupun yang semisal dengan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. "
[al-Syura 42:11]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
[al-Ikhlas 112:04]

Kesimpulan:
Kemusykilan dan penolakan ke atas peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah umat Islam. Ia sudah muncul sejak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali daripadanya dan mengkhabarkannya kepada kaumnya. Setelah itu ia tetap muncul di sana sini sehinggalah ke hari ini. Ini kerana akan sentiasa ada di kalangan umat Islam mereka yang mengunggulkan akal di atas wahyu. Mereka menggunakan akal untuk menilai peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Apa yang selari dengan logik akal mereka terima, apa yang tidak selari mereka tolak atau ubah suai. Sayang sekali penolakan dan pengubah-suaian mereka amat lemah lagi rapuh, selari dengan kelemahan dan kerapuhan akal mereka sendiri.
Di sini sikap kita yang benar ialah meletakkan akal pada tempatnya. Kita memanfaatkan akal di tempat yang merupakan wilayahnya dan kita mendiamkan akal di tempat yang bukan merupakan wilayahnya. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj bukanlah wilayah akal. Justeru akal tidak memiliki peranan dalam menilai benar atau palsu peristiwa Isra’ dan Mi’raj melainkan sekadar berfikir untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Hendaklah kita mencontohi sikap Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh di mana apabila beliau ditanya tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj, beliau menjawab:
Ya, aku membenarkan baginda (Rasulullah), malah terhadap apa yang lebih jauh daripada itu. Aku membenarkan khabar langit (yang Rasulullah bawa).
[Fath al-Bari (tahqiq Fu’ad ‘Abd al-Baqi), jld. 7, ms. 199]


Sikap kita yang benar ialah meletakkan akal pada tempatnya. Kita memanfaatkan akal di tempat yang merupakan wilayahnya dan kita mendiamkan akal di tempat yang bukan merupakan wilayahnya.

wallahu a'lam..

Thursday, July 16, 2009

'perjalanan masih jauh,..bangkit wahai diri!!'

Alhamdulillah…

Usai setahun pengajian di sebuah taman ilmu yang diberi jolokan universiti..sungguh perjalanan masih jauh..namun, selaku pelajar kejuruteraan mekanikal tahun 2,..sudah cukup pra-syarat untuk mendapat title sebagai ‘SENIOR @ abg’kepada adik-adik tahun satu yang baru nak berkenal-kenalan dengan alam universiti..niat dihati nak pimpin adik-adik agar tidak terpikat dan termakan dengan budaya sosial yang melampau ..ya!..kena buat sesuatu.. tapi macam mana nie..diri sendiri tak terurus dengan betul….



fikiran menerawang memikirkan permasalahan-permasalahan yang semakin hebat menghambat diri dek ombak tsunami memukul sampan yang kerdil di tengah lautan…terhuyung-hayang …hilang tunjang kekuatan…memerlukan bahtera yang mantap untuk meneruskan perjuangan tatkala berada di lautan samudera yang luas terbentang…untuk memastikan selamat tiba ke destinasi bersama risalah Agung yang diimani…(macam terlebih kiasan ..) tapi itulah hakikat analogi situasi yang dihadapi..










taklifan sebagai mukallaf perlu sentiasa direnungi…peranan sebagai seorang anak perlu dihayati..peranan selaku mahasiswa MUSLIM perlu difahami..studi?,amanah?,..Ya ALLAHu Rabbi..mampukah hamba hadapi semua ini?

Kata-kata mantan mentor smart group cukup memberi rangsangan..’Man kena

yakin dengan ayat ALLAH,..”Allah tidak membebani seseorang

melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”..tinggal saja samada kita nak atau tak nak..


Alhamdulillah masih diberi peringatan sedemikian rupa..bersyukur dengan suasana bersama dengan figura-figura yang banyak memberi peringatan dan saling mengambil berat antara satu sama lainterima kasih TUHAN…suasana macam nie mestI turut dirasai kemanisannya oleh adik-adik tahun 1…jadi..’kerja menyemai’ benih islam kena jalan...siiru a’la barokatillah..



JAWAPAN PADA DIRI.............


Tanya Diri

Cuba Tanya diri kita . Siapakah sebenarnya diri ini ? Dari mana kita datang ? Apa sebenarnya tujuan kita berada “disini” dan kemana kita akan pergi ? Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat itu ?

Cuba Tanya diri kita, apakah kita sayangkan diri kita atau membencinya ? Kalau sayang apa tandanya ? Dan jika membencinya , mengapa ia berlaku sedemekian ?

Cuba Tanya diri kita, adakah kita orang yang optimistic atau sebaliknya ? Percaya pada diri atau sebaliknya ? Sanggup menghadapi risiko demi tujuan baik ? Tidak malu dengan kebenaran ? Cuba buktikan dengan pengalaman.

Cuba Tanya diri kita, adakah kita orang yang rajin atau pemalas ? Orang yang kuat semangat atau lemah semangat dan mudah berputus asa ? Orang yang mempunyai cita-cita tinggi dan berusaha mencapainya atau orang yang tiada cita-cita hidup atau hanya ada cita-cita namun tidak tekun berusaha ?

Cuba Tanya diri kita, adakah kita orang yang selalu berfikir atau hanya mengikut hati dan perasaan ? Seorang yang pengecut atau berani ? Lemah atau kuat ? Pandai bercakap tapi tidak pandai berbuat ?

Cuba Tanya diri, adakah kita seorang yang bersih ? Pakaiannya, tempat tidurnya, atau seorang yang pengotor ?? Cuba Tanya diri kita, adakah kita pandai menghormati orang lain ? Pandai berterima kasih dan berbudi bahasa ?

Cuba Tanya diri kita, kenapa bila kita didalam kesenangan, kita biasanya lupa untuk mengingati dan menilai orang lain. Diri kitalah yang menjadi keutamaan, tapi bila kita dalam kesempitan, kita cepat mengingati orang lain dan mengharapkan belas kasihan mereka, kenapa ini boleh terjadi ? Bagaimana cara untuk kita menjadi insan yang pengasih dan penyayang ??

Cuba Tanya diri kita, kita semua ada sifat malu dan ini memang baik tetapi sifat ini kadang-kadang menghalang kita dari berbuat banyak perkara yang baik untuk kita. Apakah cara untuk mengatasinya ? Bagaimakah sifat malu yang sepatutnya ??

Cuba Tanya diri kita, adakah nikmat Allah kita syukuri dengan sebaiknya ? Adakah tangan digunakan untuk kebaikan ?, Kaki digunakan untuk melangkah kearah kebaikan ? Mata ? Telinga ? Kekayaan….. kesihatan dan lain-lain.

Cuba Tanya diri kita, adakah kita telah layak untuk menjadi orang yang berjaya dan cemerlang dengan setiap waktu dapat dimanfaatkan dengan perkara berfaedah atau sebaliknya ? Mampu untuk merealisasikan harapan ibubapa kita ?? Harapan sekolah dan guru-guru ? Masyarakat..? Agama….? Bangsa…. ? Negara…?

Ingatlah, Bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu bangsa [seseorang] itu, sehinggalah mereka sendiri mengubahnya ….!!!

Thursday, May 28, 2009

rintihan sang hamba





rintihku...

Agar tidak jatuh kehinaan di akhirat nanti, maka tolonglah kami untuk mentaati-Mu Ya Rabbal ‘Alamiin,

Agar tidak terjelepuk kehinaan di akhirat nanti, maka maafkanlah segala kesalahan dan keterlanjuran kami Ya Rahiim,

Agar tidak terkandas kehinaan di akhirat nanti, maka ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Ghaffar,

Agar tidak tertiarap kehinaan di akhirat nanti, maka tutup dan padamkanlah segala keaiban kami Ya Sattar,

Agar tidak malu kehinaan di akhirat nanti, naka sejahterakanlah kami dari kehinaan Ya Hannan, di dunia nan fana ini,

Ya Rabb, untuk menanggung kehinaan di atas dunia ini pun kami sudah tidak sanggup, bagaimana kami sanggup dan mampu menanggung kehinaan akhirat yang lebih mengerikan, Ya Rabbi,

Agar tidak terbungkang kehinaan di akhirat nanti, maka matikanlah kami Ya Allah dalam Husnul Khatimah,

Agar tidak terperuk kehinaan di akhirat nanti, maka janganlah Engkau biarkan kami dalam kejahilan dan kesesatan Ya Allah,

Agar kami tidak tersungkur kehinaan dia akhirat nanti, maka muliakanlah kami dengan keimanan dan ketaqwaan...

Friday, May 22, 2009

'islam untuk semua'

alhamdulillah...

Lafaz hamdallah diucapkan kpd-NYA atas nikmat-nikmat yang telah bahkan masih dikurniakan kepada hamba-hamba-NYA...

kepada sahabat mahasiswa yg sedang bercuti selamat bercuti ..moga2 perCUTIan pada kali ini kita sirami dengan siraman kasih sayang kepada semua sehingga mampu menghasilkan 'BUAH' yang mendatangkan pelbagai manfaat..ameen..




welcome!!!






...kem remaja islam(KRIS) TAWAU kali
-4 bakal menyinarkan lagi bumi tawau..'Islam Untuk Semua'..tema yg diketengahkan untuk KRIS kali ini..

anjuran : persatuan siswazah sabah(PSS) cawangan TAWAU
dengan kerjasama persatuan Putera Puteri Islam(PERPPIS) bahagian TWU

Tempat : SMK Kuhara TAWAU

Tarikh : 8-11 jun 2009
13-16 jamadilakhir 1430H






sememangnya perlu untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat umumnya dan para remaja khususnya agar melihat 'islam is the way of life'..apalagi dengan kondisi arus hedonisme yg semakin hebat dalam melalaikan masyarakat sehingga mabuk dalam rentak irama juga tarinya..moga kita mampu merubah keadaan ini..



Friday, March 27, 2009

Kisah seorang anak PALESTIN

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah. Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat.

Adik pejam mata.Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wassalam.