Photobucket
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

aku dan kerjaya ; musafir episod perkenalan.



Bismillahirrahmanirahim...
Sedar tak sedar sudah 6 bulan berada di bumi padang pasir, daerah jubail as-syarqiyyah di bawah pemerintahan kerajaan Arab Saudi. Sebelum ini apabila sebut sahaja Arab Saudi, tempat yg berlegar-legar dalam kepalaku tidak lain dan tidak bukan tanah suci haramain iaitu makkah dan madinah.Sebelum ini tidak pernah menyangka bahawa akan memijak bumi Anbia sungguhpun pernah suatu ketika dahulu punya azam dan keinginan bermusafir ke negeri anbia. Alhamdulillah , Allah punya aturan luar biasa untuk hamba-hambaNya.Maka sepatutnya kita sebagai hamba Allah kenalah sentiasa positif dan bersangka baik denganNya.

iklim dan budaya;
Perbezaan yang amat ketara di antara suasana di sini dengan tempat kelahiran jelas dari aspek iklim cuacanya yang sunggguh menguji daya tahan tubuh orang asia tenggara yg selama ini dimanjakan dengan iklim khatulistiwa [panas dan sejuk sepanjang tahun].Sedang di sini Iklim cuacanya mempunyai 2 musim peralihan iaitu panas dan sejuk., pabila tiba musim panas, maka bahangnya terasa, dan pabila tiba musim sejuk, dinginnya tak terkira..satu pengalaman yang menarik untuk menterjemahkan frasa; aku dapat rasa apa yg mereka rasa .. alhmdulillah .

Satu kelebihan yang dapat kuamati selama 6 bulan berada di sini yang sangat jauh berbeza dengan negeri kelahiran adalah suasana solat berjemaah yang memenuhi ruang masjid dan musollah pabila tibanya waktu solat fardhu.Undang-undang saudi yang tidak membenarkan urus niaga berlangsung pabila tiba waktu solat juga menarik perhatianku. Pernah satu ketika selepas menunaikan solat maghrib, aku dan teman-teman yang lain berjalan untuk membeli sesuatu di sebuah pasar raya di bandar jubail, sedang melihat rancaknya aktiviti muamalat antara peniaga dan pembeli,tapi pabila azan isyak berkumandang, kulihat segala urusan jual beli ditangguhkan, kedai yang dipenuhi dengan pengunjung menjadi lengang, para pemilik kedai bersiap serta mengunci pintu kedai..pergh!! anganku, mudah-mudahan negeri kelahirnku kelak akan melakukan transformasi seperti ini.

Kenalan baru, suasana baru, dan seterusnya skop kerja yang baru pasti akan mencabar daya fikir dan daya tindakanku.,moga kembara musafir kerjaya di bumi saudi ini dimudahkan olehNya. Doakanku teman.

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)


Monday, April 2, 2012

Hari esok Untuk Islam





Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka. Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.


Fajar menyinsing
Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt; "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.





Thursday, March 29, 2012

Nyawa kepada perjuangan..

Bismillahirrahmaanirrahiim



Assalamualaikum wbt~

Semoga berada dlm redha dan maghfirahNya.. sihat dan tenang bernafas dalam jiwa hamba.

suatu ceritera yang dikongsikan oleh seorang sahabat, suka untuk saya kongsikan buat semua pengunjung laman sesawang saya ni. semoga beroleh menfaat ;



Tajuk: Nyawa kepada perjuangan..

PENGERTIAN
Nyawa kepada sesebuah perjuangan ialah KEBERKATAN. “Allah memberkati sesuatu perkara” tidak sama maksudnya dengan “Allah MEREDHAI sesuatu perkara” kerana pengertian berkat itu sendiri adalah jauh lebih mendalam..

Berkat dari sudut bahasa bermaksud berkembang atau bertambah.. lawan kpd berkat ialah Laknat..

Secara kasar, berkat bermaksud redha Allah yg berpanjangan.. manakala laknat bermaksud murka Allah yg berpanjangan..

Berkat seringkali dikaitkan dgn satu hadis yg menggambarkn pengertiannya secara menyeluruh: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” HR Bukhari dan Muslim..

CONTOH

Mengimbau kisah Halimatus Saadiah, ibu susuan nabi yang mendapat barakah kerana menjaga kekasih agungNya. Unta yg pada mulanya terlalu uzur utk bergerak semasa mula2 mengambil nabi akhirnya berjaya bergerak lebih laju mengalahkn unta lain.. manakala ternakan2nya menjadi semakin sehat.

Jemaah Islam yg benar adalah jemaah islam yg berkat, dan berdiri diatas keberkatan. Jemaah ini akan dipandu oleh Allah.. sebagai contoh semasa tentera bergajah mahu masuk Makkah, Abdul Mutalib mempersilakan, kerana dia yakin Tuhan akan memberkati tempat suci tersebut. Dan sebagai bukti, Ababil menyerang tentera yg cuba menghancurkn kaabah.. tempat yg suci.

Semasa perang Hunain pula, kuantiti tentera Islam sedikit sebanyak meyakinkan pejuang2 agama Allah bahawa kemenangan berpihak kepada mereka disebabkn kekuatan kuantiti yg mereka ada. Namun, Allah menegur ‘kemegahan mereka terhadap kuantiti’ ketika kekalahan menghampiri mereka sehingga mereka merasakn bumi menjadi sempit, dan mereka berundur melarikn diri spt yg diceritakan dlm surah AtTaubah ayat 25.
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai."[9:25]

Ternyata, tanpa redha Allah, kuantiti tidak memberi sebarang kesan kpd perjuangan.
Jelaslah bahawa tanpa redha dan berkat dari Allah, kita tidak akan mampu mencapai sesuatu perkara, sama ada perkara itu melibatkan urusan duniawi mahupun dalam urusan menegakkan agamaNya.

BERKAT DALAM KONTEKS JEMAAH
Pada jemaah yang melaksanakan syura itu ada keberkatan.. Dari Hasan radhiAllahu ‘anhu ia berkata, “Tidaklah suatu kaum bermusyawarah kecuali mereka memperoleh petunjuk agar urusan mereka mendapatkan bimbingan”..

Pernah satu ketika semasa Nabi SAW pergi ke masjid dan melihat ada dua kelompok. Satu kelompok sedang berzikir dan kelompok yang lain sedang berbincang mengenai Islam. Rasulullah pergi ke kelompok yg sedang berbincang mengenai Islam. Lalu dtg malaikat dan berkata kpd Rasulullah, bahawa sesungguhnya, ada seorang sahabat dtg ke masjid tetapi hanya duduk sahaja. Dia tidak mengikuti kelompok yg berzikir mahupun tidak bersama berbincang mengenai Islam, tetapi dia mendapat ganjaran seperti mana orang lain di dalam masjid ini dpt. Kerana berkat drpd dua kelompok tadi. Itulah berkat! Begitulah keberkatan berada di dalam jemaah… redha berpanjangan dari Allah melimpah kepada kita, berkat dari perjuangan sahabat2 kita yg lain walaupun kadangkala kita sibuk dengan urusan dunia dan peribadi.

Yakinlah disetiap program jemaah ada keberkatan, biarlah program itu hanya riadah, liqa’ dan makan bersama, namun insyaAllah sentiasa ada hadiah dari Allah berupa semangat dan ketenangan dariNya setiap kali kita selesai dari program-program jemaah.

Subhanallah..

Jadi, apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ini mestilah hasilnya adalah untuk ketaatan kepada Allah, barulah semua apa yang dilakukan itu beroleh berkat. Salah satu cara meraih keberkatan ialah dengan berjuang di jalanNya.. jangan pernah berundur walau ditimpa susah, kerana salah satu perkara yg dimurkai dan dilaknat Allah ialah apabila kita meninggalkan perkara yang kita tahu kebenarannya; sepertimana kisah dalam surah an nisa ayat 51 dan 52.

" Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al kitab? Mereka percaya kepada jibt dan thaghut[309], dan mengatakan kepada orang-orang Kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." [4:51]

"Mereka itulah orang yang dikutuki Allah. Barangsiapa yang dikutuki Allah, niscaya kamu sekali-kali tidak akan memperoleh penolong baginya."[4:52]

Moga berkat Allah pada kehidupan kita, kehidupan keluarga kita, serta masa depan kita hasil keikhlasan kita berjuang menegakkan agamaNya, insyaAllah~



credit kpd sahabat yang berkongsi cerita ini...jazakumullahu khair kathir

Friday, March 23, 2012

kembara ironi 2012

dengan lafaz hamdallah..

syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberi ruang dan kesempatan untuk ironi 2012 atau nama lainnya Irfaan (KML) Reunion Interaction 2012 [IRONI 2012] yang telah berjaya dilaksanakan oleh adik-adik generasi pimpinan batch 09/10 KML bersama dengan alumni irfaan yang terdiri daripada pelbagai generasi..


Program 3hari dua malam ini dibuat pada 16-18 mac 2012 dan bertempat di madrasah di lembah pantai ,kerinchi.

sudah lama tidak tidak bertemu dengan sahabat-sahabat irfaan, emm..apalagi mendengarkan sahaja perkhabaran adanya IRONI ..sangat gembira...dan bertekad akan menjadi salah seorang peserta IRONI...

kusangka panas hingga ke petang ..rupanya hujan di tengah hari..huhu..terpaksa tangguh keinginan bersama sahbat2 dalam program IRONI atas urusan2 yang lebih penting...tapi alhamdulillah..kesempatan masih terbuka apabila urusan yang difikirkan 3 hari dua malam rupa-rupanya hanya memakan 2hari..syukur ya rabb..dipendekkan cerita..dapatlah juga akhirnya diriku terpacak di tempat program ironi 2012..walaupaun menjadi peserta yang paling lambat hadir pada pukul 1.00am pada hari ke-3...dan memang tertinggal banyak slot yang menarik dan mencabar..'ndak kesahla kataku yang penting sampai dan puas'..hehe

hari ketiga..lebih kepada sesi khulasah dan perkongsian daripada pimpinan alumni irfaan yang diterajui oleh sdra fadhil...usai perbincangan dibuat pula resolusi..akhirnya kata sepakat dicapai..IRONI 3 akan dibuat pada sesi akan datang dan juga family day irfaan akan menyusul sem hadapan..insyaallah..semoga dimudahkan Allah..

trailer yang gempaQ..credit to lensa cahaya.com
http://www.youtube.com/watch?v=1QG8f1mNa0M&feature=youtu.be

Monday, November 15, 2010

Training The Leaders[SMK Yam Tuan Radin N.9]



“Adik –adik???”(fasi)
“Kami pemimpin!!!”(peserta)
“Say What??”(fasi)..
“Mantap!!” 3X(peserta)...


Begitulah  sahutan penuh bersemangat daripada  adik-adik peserta dalam program Training the Leaders, 13-14 november 2010 anjuran sekolah menengah Yam Tuan Radin Negeri Sembilan Dengan kerjasama AL-Fateh Consultant..

Alhamdulillah ,walaupun dalam – Exam mode (Bulan 11) - namun dengan adanya sedikit masa senggang sementara nak menghadapi paper  19 hb november ini,Alhamdulillah diri ini diberi peluang  untuk menjadi salah seorang daripada fasi dalam sebuah program kepimpinan bagi adik-adik peringkat sekolah menengah di Lukut,negeri sembilan.Program 2 hari 1 malam ini memberi sedikit sebanyak kenangan bahkan pengalaman dan pengajaran yang sangat bermanfaat buat adik-adik peserta juga khususnya kepada para fasilitator termasuklah  diri ini.

“Cikgu/abg,. asal dari mane?”..antara soalan wajib yang seringkali saya terima apabila berhadapan dengan adik-adik ketika berprogram dibumi semenanjung tanah air ini. Ya,mungkin sahaja kerana aura loghat saya yang sedikit istimewa dan jarang-jarang mereka dengari.Hehe..disebabkan asbab dialek yang sedikit berbeza tambah bersemi suasana perkenalan dengan adik-adik. Secara kebiasaannya,kita akan berasa tertanya-tanya dan perasaan inquiri dalam diri akan menebal sekiranya kita bertemu atau berhadapan dengan seseorang yang agak berbeza dengan kita. Begitulah hikmah ciptaan Allah S.W.T. dan kemuliaan al-Quran sebagai kalam dusturuna bagi umat manusia yang memberi aturan segala perkara .Benarlah ayat-ayat Allah dalam al-quran .

Firman Allah S.W.T : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal ”. [Al-Hujurat :13]


Berbalik kepada program tersebut, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan banyak aktiviti yang menampakkan impak yang positif kepada adik-adik peserta walaupun pada peringkat awalnya,adik-adik peserta agak pasif dan malu-malu. Ya ..biasala..sedangkan pepatah menyebut..tak kenal maka tak cinta..bila dah kenal..tambah akrab dan bersemilah ukhwah..kan ..buktinya..slot demi slot adik-adik semakin agresif dalam menyuarakan pandangan dan komitmen.Alhamdulillah..semoga adik-adik peserta program Training The Leaders akan mara ke hadapan menjadi pemimpin yang berjiwa da'e ..insyaAllah. 


Tahniah kepada semua peserta dan team fasilitator 
[ akh TG,akh anuar,akh nazir , akh man , ukhti yana ,ukhti ain,ukhti mardhihah, ukhti majdeha,ukhti yati ]..  
  

[Lensa Aktiviti ]
ice breaking




LDK 

kami pemimpin!!!


checkpoint [explorace]


explorace 


riadah [1,2,..1,2 ]


teman-teman fasi





Kita adalah PEMIMPIN

Dalam kehidupan ini..perlu untuk kita semua sedari bahawa hakikat kepimpinan amat sinonim dengan diri kita. Bukan bermakna kita tidak memegang apa-apa taklifan[amanah/jawatan] maka kita terlepas dari konsep kepimpinan namun setiap orang mempunyai tanggungjawab atas segenap perkara yang dilakukan dan mengikut situasi dan keadaan masing-masing.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

siiru a'ala barokatillah




Tuesday, November 9, 2010

'Engkau Insan Sempurna'



Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah ,dengan lafaz hamdallah..bersyukur kepada Allah dengan izin-NYA saya berkesempatan bersama-sama dengan teman untuk menghadiri taman-taman syurga Allah..walaupun esok ada exam yang perlu ditatapi dan dihadapi..moga dimudahkan insyaAllah..sedang dalam perjalanan terdengar sebuah lagu yang sangat menarik bagi saya..bait setiap liriknya juga sungguh memberi makna..






"Engkau Insan Sempurna oleh kumpulan HIJJAZ"

Dirimu terlalu sempurna 
Akhlakmu yang sungguh mulia 
Jasamu yang amat berharga 
Menerangi jalan (ke) Syurga 
Selalu aku yang terlupa 
Selawat jarang terlaksana 
Di bibir mengatakan cinta 
Di hati pula berdusta 

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu 
Kerana ku yakin di suatu waktu 
Syafaatmu yang dapat membantuku 
Tika berenang di laut derita 
Sang mentari sejengkal di kepala 
Saat dihitung dosa dan pahala 
Siapakah yang akan membela 

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya 
Menghadiahkanku seorang 
Insan sempurna berjasa 
Selayaknya engkau dikasihi dicinta 
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa....

"Sejarah islam telah memperlihatkan betapa 1431 hijrah yang lampau umat ini pernah agung dipimpin oleh semulia-mulia manusia,sebaik-baik ikutan, ..pekertinya..akhlaknya..subhanallah..merupakan cerminan Al-Quran..Betapa baginda s.a.w ialah insan yang sempurna..menjadi Qudwah dalam segenap perkara..dialah Muhammad Bin Abdullah , seorang Rasul pesuruh Allah S.W.T"

Sunday, November 7, 2010

salam imtihan [berubah untuk merubah]..

Bismillahirrahmanirrahim..



Subhanallah..hebat sungguh...kuasa perubahan yang ada dalam suasana dekat-dekat nak exam nie...
Kenapa tidak,..rata-rata daripada kita mengalami "turning point"  dalam tempoh yang singkat...berubah menjadi lebih positif..dengan tidak semena-mena boleh dikatakan bertambah tahap "kewarakan"..alhamdulillah..satu perubahan yang postif...namun perlu diingat..semoga perubahan ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam...BUKAN  pada waktu-waktu tertentu..Exam ipt akan datang dan akan pergi..namun sama-sama kita beringat bahwa Exam daripada Allah s.w.t available setiap masa..

Apapun semoga teman-teman yang akan/sedang/telah mengambil exam bagi semester ini dapat LAKUKAN YANG TERBAIK dan senantiasa meletakkan SEPENUH  "pengharapan" kepada-NYA insyaAllah..Moga redha dengan apa jua yang diberikan oleh-NYA..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Apabila kamu berazam,maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang betawakkal." [al-imran: 159]

jadual exam 3rd year student  mechanical engineering [structure & material]                                               

Allahumma ja'alna minan najihin wan faiziin wal mumtaziin fi kulli imtihan fi kulli madah fid din fid dunya wal akheerah..

Saturday, October 17, 2009

jadilah pejuang yang menang

salam ..asif jiddan..atas kelemahan dan kekurangan diri, lama betul biarkan ruangan ini kaku tak terimarah..moga pengunjung tak bosan untuk berkunjung ke ruangan ini...
tq..

"Jadilah Pejuang Yang Menang"



gambar hiasan jak


Setiap pejuang tentunya mengharapkan kejayaan. Tapi sayang ada pejuang-pejuang Islam yang tertipu dengan erti kemenangan. Kadang-kadang terjadi, mereka tertipu dengan wasilah atau alat perjuangan. Mereka menyangka mereka sudah mendapat kemenangan, sedangkan mereka baru berjaya mendapatkan alatnya sahaja. Mereka lupa kepada matlamat sebenar perjuangan.Contohnya ada yang menganggap pembangunan ekonomi adalah langkah asas dalam membangunkan Islam. Kononnya dengan utuhnya ekonomi umat Islam maka utuhlah Islam itu sendiri. Malangnya, setelah berjaya dalam bidang ekonomi, yang terbangun dalam diri mereka hanyalah material, tapi Islam tidak juga terbangun. Syariat Islam tidak juga dapat ditegakkan,bukan saja dalam masyarakat bahkan dalam diri.Ada juga pejuang yang menganggap apabila sudah mendapat kuasa, mereka sudah menang. Mereka terlupa matlamat perjuangan yang sebenarnya. Walaupun dunia ini jatuh dalam genggaman mereka, tetapi jika masyarakatnya tidak dapat diubah kepada pengamalan Islam yang sempurna, maka sebenarnya mereka masih kalah.

Sejarah menceritakan para pengikut Thalut lupa pada perjuangan setelah terjumpa sungai. Walaupun dipesan-pesan oleh Thalut agar jangan berlengah-lengah di tebing sungai, namun ramai juga yang enggan meneruskan perjalanan dan ingin memulakan penghidupan baru di tebing sungai itu. Sebenarnya perkara ini berpunca daripada beberapa kesilapan para pejuang itu sendiri antaranya :
? Tugas sebenar seorang pejuang.
? Kurang memahami matlamat perjuangan.
? Tiadanya keikhlasan dalam perjuangan.
? Dalam hati mereka masih ada cinta dunia, ada tujuan-tujuan peribadi dalam perjuangan, ingin kedudukan, pengaruh dan sebagainya.

Bila ramai individu begini dalam perjuangan, perjuangan itu akan hanyut seperti hanyutnya pondok buruk dilanda air bah besar. Malanglah jika ini terjadi, di dunia terhina manakala di Akhirat terseksa. Seseorang pejuang itu mesti tahu bahawa dia mempunyai dua tugas.

Pertamanya membaiki diri dan kedua membaiki masyarakat. Matlamat perjuangan Islam ialah menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Oleh itu perlu ditegakkan kalimah Allah dalam diri dahulu.Inilah perjuangan pertama yang perlu ditempuhnya. Peribadi pejuang adalah lambang kepada perjuangan. Sikap dan perlakuannya merupakan lisanul hal yang menjadi contoh kepada orang-orang yang didakwahnya. Seorang pejuang yang mengajak orang kepada Islam tetapi dirinya sendiri tidak menggambarkan peribadi mukmin yang sejati, samalah seperti bapak ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.



Juga penting dalam perjuangan ialah bantuan Allah. Ia penentu kepada kejayaan itu sendiri. Syarat untuk mendapat anugerah rahmat dan pertolongan-Nya ialah taqwa sepertimana
firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah penolong orang yang bertaqwa.”
Al Jathiyah : 19
Untuk menjadi pejuang yang bertaqwa, seseorang itu perlu menempuh jalan yang rumit. Secara ringkasnya ada lapan syarat menuju taqwa:

1. Perlu ada kesedaran Islam. Berlapang dada menerima syariat Islam. Hasil daripada kesedaran itu, mendorongnya mencari ilmu untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

2. Memahami Islam itu sendiri. Kefahaman lahir daripada ilmu yang dicari tadi. Ilmu yang terbaik terhasil daripada gabungan teori dan pengalaman. Kefahaman dalam perjuangan adalah penting agar tidak tersilap langkah. Kefahaman boleh ditanam melalui pembacaan, menghadiri kelas-kelas pengajian dan juga pengalaman.

3. Yakin dengan apa yang telah difahami itu. Contohnya, setelah faham dan yakin hanya Islamlah agama yang benar sebagaiman firman-Nya:
“Agama yang benar disisi Allah ialah Islam.”

Maka berlandaskan keyakinan inilah muncul peribadi yang kental jiwanya, hatta nyawa pun sanggup dijadikan galang ganti untuk mempertahankan Islam yang dicintai. Hasil daripada keyakinanlah maka para sahabat sanggup berhabisan harta, menanggung penderitaan dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah pentingnya keyakinan dalam membina taqwa.

4. Sanggup melaksanakan apa yang diyakini itu. Jika kita yakin hanya Islam agama yang benar, yang boleh menyelesaikan segala persoalan hidup maka kita mesti sanggup untuk melaksanakan hukum-hakam Islam serta sanggup pula memperjuangkannya. Misalnya kita sudah yakin menutup aurat itu wajib, maka kita mesti sanggup menunaikannya. Kesanggupan ini tanda perubahan pada diri. Perubahan pada pengamalan adalah titik tolak menuju taqwa.




5. Mujahadatunnafsi. Namun inilah yang paling sukar ditempuhi, kerana nafsu ialah musuh manusia yang paling jahat. Ia tidak berbatang tubuh yang boleh dikeronyok sampai mati, sebaliknya ia ada dalam diri. Allah telah memberi amaran tentang tipuan nafsu yang jahat ini sepertimana firman-Nya yanng bermaksud :
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”
(Yusuf : 53)
Nafsu umpama daki yang melekat di badan, namun menghilangkannya tidak semudah mencuci daki. Ia perlu digosok, dibersihkan dan disental setiap masa. Mujahadatunnafsi adalah jihad yang paling besar dan berterusan.

6. Istiqamah beramal. Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :
? Mengekalkan amalan walaupun sedikit.
? Memilih amalan yang berterusan untuk diri.
? Mempelbagaikan amal walaupun sedikit.


Amalan yang istiqamah akan memberikan kesan umpama air yang dititiskan ke batu yang keras; sekeras-keras batu pun akan lekuk juga akhirnya. Maka amalan yang istiqamah akhirnya akan membuahkan iman dan akhlak serta akan menjadi benteng daripada godaan nafsu dan syaitan yang tidak pernah rehat.

7. Ada jemaah

8. Di samping semua syarat di atas, kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara dan memberi taufiq kepada kita.

Seorang pejuang yang sudah berjaya mendapat taqwa, ertinya dia sudah mendapat kejayaan yang tidak ternilai. Taqwa adalah syarat utama untuk berjaya dalam membaiki masyarakat dan yang paling penting untuk mendapat kemenangan hakiki iaitu kemenangan di Akhirat sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
(Surah As Shoff : 11-12)



moga kita mampu meletakkan diri kita dalam kalangan orang yang beruntung.

Friday, May 22, 2009

'islam untuk semua'

alhamdulillah...

Lafaz hamdallah diucapkan kpd-NYA atas nikmat-nikmat yang telah bahkan masih dikurniakan kepada hamba-hamba-NYA...

kepada sahabat mahasiswa yg sedang bercuti selamat bercuti ..moga2 perCUTIan pada kali ini kita sirami dengan siraman kasih sayang kepada semua sehingga mampu menghasilkan 'BUAH' yang mendatangkan pelbagai manfaat..ameen..




welcome!!!






...kem remaja islam(KRIS) TAWAU kali
-4 bakal menyinarkan lagi bumi tawau..'Islam Untuk Semua'..tema yg diketengahkan untuk KRIS kali ini..

anjuran : persatuan siswazah sabah(PSS) cawangan TAWAU
dengan kerjasama persatuan Putera Puteri Islam(PERPPIS) bahagian TWU

Tempat : SMK Kuhara TAWAU

Tarikh : 8-11 jun 2009
13-16 jamadilakhir 1430H






sememangnya perlu untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat umumnya dan para remaja khususnya agar melihat 'islam is the way of life'..apalagi dengan kondisi arus hedonisme yg semakin hebat dalam melalaikan masyarakat sehingga mabuk dalam rentak irama juga tarinya..moga kita mampu merubah keadaan ini..