Friday, December 17, 2010

DAKWAH DAN TARBIYAH - Wasilah Utama dalam pembentukan Ummah

DAKWAH DAN TARBIYAH  - WASILAH UTAMA DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
 

 
Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan 
terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan 
pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan 
halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji 
sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.
 
Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:-
Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya,
kamu memerintah (menyuruh) kepada ma'aruf dan mencegah mungkar serta 
kamu tetap beriman kepada Allah'
 
Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah 
lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang 
menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada 
masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. 
Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan 
Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi 
bahkan Risalahnya bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan 
membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.
 
Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda 
tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari  
pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima
prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan 
diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk 
memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk 
menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan 
peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk
jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran 
masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).
 
Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al  
Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid;
kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah 
daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. 
Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata 
belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.
 
Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11, 
maksudnya"-
' Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka 
mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.' 
 

inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. 
Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu 
sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah  'alam jiwa ., dan wasilahnya yang 
pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.
 

Wednesday, December 8, 2010

Izzatul Islam - Generasi Harapan (Pemuda Kahfi)



Hijrah  pemuda!!!

Alhamdulillah 
selama 1432 tahun lebih ,..telah bertapak ISLAM sebagai suatu sinar yang bergemerlapan dalam membimbing umat manusia ke jalan yang benar lagi diredhai Allah...tidak dapat dinafikan peranan pemuda ketika itu sangat mantap dalam membawa risalah Allah serta berintima' dengan dakwah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam siri-siri perjuangan untuk menegakkan agama Islam.

berkata Almarhum Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Hingga dimengerti Generasi Muda :

" Ketahuilah wahai kaum muda, bahawa kelompok orang-orang beriman yang bermarkas di Dar Al-Arqam dan yang dengan tangan mereka terwujud kemengan Islam, adalah para pemuda.Rasululah s.a.w ketika diutus berusia 40 tahun; Abu Bakar r.a. lebih muda 3 tahun daripada baginda ; Umar r.a 27 tahun , ;Uthman lebih muda daripada Rasulullah dan Ali r.a lebih muda daripada semuanya . Begitu pula Abdullah Bin Mas'ud ,Abdurrahman  bin Auf, al-Arqam bin Abu Arqam , Sa'id bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Bilal bin Rabbah, Ammar Bin Yasir, dan berpuluh yang lainnya bahkan beratus-ratus semua mereka adalah pemuda.


      Para pemuda itulah yang memikul beban dakwah. Mereka itulah yang penuh kesabaran, yang pernah mengalami seksaan dan mahu berkorban demi dakwah. Mereka bekerja siang dan malam , mereka sebar dan wujudkan Islam itu dengan segala kekuatan demi terbentuknya negara dan kekuasaan Islam, pemerintahan dan kepimpinan kaum muslimin itu. Mereka tundukkan pemerintahan dua kerajaan besar ; Parsi dan Romawi. Kekuasaan mereka membentang sampai negeri Sind di Timur ;dan ke negeri Caspia, Armenia dan Rusia di utara dan masuk pula ke dalam pemerintahan mereka di Syam(syria) , Mesir, Cyrenaica di Libya, Tripoli dan daerah-daerah Afrika lainnya."

Jelas terpampang dalam lakaran sirah dan sejarah bahawa golongan pemuda merupakan aset berharga dalam jalan dakwah. Roh dan nafas perjuangan yang kental akhirnya membuahkan seribu satu makna dan kemanisan dalam dakwah. Kalau dahulu pemuda islam sebagai 'front line' dalam gerakan dakwah tetapi sekarang majoriti anak muda islam berada 'front line' dalam kemungkaran. Mereka gagah dalam kemaksiatan, lemas dalam hiburan..ke mana pergi ruh dan semangat pemuda islam zaman lampau??? Ayuh wahai pemuda!!! bangkit dari lenamu...kayuhan perlu diteruskan andai terhenti maka terjatuhla dikau..
kejarlah cita pemuda menuju syuhada...