Photobucket

Thursday, November 14, 2013

Catatan Ziarah ke tanah Haramain



Ziarah tarbawi ke tanah haramain [13-15 SAFAR 1434H]

Setelah hampir cukup 3 bulan bermukim di bumi padang pasir ini barulah berpeluang mengerjakan umrah ke tanah suci Kota Makkah al- Mukarramah,..Alhamdulillah,.lafaz kesyukuran buat Maha Pencipta.

Perjalanan dari daerah jubail, as-syarqiyyah ke kota makkah mengambil masa kira-kira 15 jam mengikut laluan darat. Jika melalui penerbangan domestik (airport Dammam ke airport Jeddah) pula memakan masa hampir 2 jam 30 minit . Dengan kos tambang bas express sebanyak lebih kurang SAR 200(Ulang-alik) Aku bersama rakan yang lain memilih perjalanan darat, perjalanan jauh yang merentas sempadan Kota Dammam, Riyadh, Madinah juga kota Taif . Perjalanan jauh tak mengapa bagiku kerana inilah peluang untukku lebih mengenali dan memahami bumi kelahiran Rasul Akhir Zaman …





Gambar peta (kedudukan kota makkah)













Musafir membina ukhuwah..

Sepanjang  permusafiran ke tanah haramain , terdapat beberapa perkara yang begitu menarik buatku untuk dikongsikan . Dalam perjalanan terasa dipermudahkan, dapat berkenalan dengan jamaah daripada Indonesia yang lebih senior daripada kami, serumpun melayu Cuma dialek bahasanya sahaja  berbeza sedikit.Sebelum memasuki kota makkah, kami singgah di miqat qanul manazil (kota Taif) selama 1 jam bagi tujuan solat subuh, istirehat seterusnya niat ihram dan mengenakan pakaian ihram. Perjalanan diteruskan dalam sejam lebih untuk memasuki kota makkah.  

 Ihram di miqat qanul manazil (kota Taif)
Setibanya di kota makkah, Kami bernasib baik kerana 2 orang kenalan jamaah Indonesia ini sangat mahir berbahasa arab ammiyah (pertuturan/pasar). Timbul rasa kagum kepada mereka kerana jika nak dibandingkan dengan kami yg  berbahasa arab entah ke mana.. haha...maka azamku selepas ini  kenala fasih berbahasa arab.. Alhamdulillah memandangkan kenalan dari Indonesia itu kerap melakukan umrah , senanglah urusan kami dalam mendapatkan bilik sewa di hotel sekitar makkah dan mudah bagi kami mengatur aktiviti perjalanan umrah dan yang lainnya.. 

suasana jamaah yang sedang tawaf di sekitar kaabah
Lautan manusia membanjiri kaabah..
Sesampainya di masjidil haram,aku melihat suasana lautan manusia yang berbeza bangsa, warna kulit, bahasa bersama-sama menunjukkan kecintaan kepada agama bagi menunaikan ibadah umrah kerana ingin meraih redha Allah s.w.t.. Allahu Rabbi, terbukti hebatnya Islam sebagai agama panutan juga agama kehidupan yang mana tidak ada diskriminasi dalam kelompok-kelompok bermasyarakat juga dalam beramal.Sesuai dengan firman Allah s.w.t :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [49:13]

Alhamdulillah selesai menunaikan ibadah umrah, kami turut mengambil peluang untuk melawati beberapa tempat yang menarik dan bersejarah di kota kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ..
Insya Allah Moga akan kembali lagi menyahut lambaian Kaabah bersama sahabat-sahabat juga insan-insan yang istimewa.

Lensa kenangan 
jamaah yang sedang melakukan ibadah sai' (dari bukit safa dan marwa)


menunggu giliran untuk bercukur (tahalul)
suasana sekitar kaabah

satu-satunya restoran malaysia di dalam clock tower
di luar masjidil haram

di hadapan perpustakaan mekkah


Saturday, March 23, 2013

BAB 34 : Nasihat kepada Wanita [part 1]




Daripada Kitab Riyadhus Salihin karya imam An-Nawawi

Bab 34 : Berwasiat Kepada Kaum Wanita

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan pergaulilah kaum wanita itu dengan baik-baik." (an-Nisa': 19)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan engkau semua tidak akan dapat berbuat seadil-adilnya terhadap kaum wanita itu,
sekalipun engkau semua sangat menginginkan berbuat sedemikian itu. Oleh sebab itu,janganlah engkau semua miring kepada yang satu dengan cara yang keterlaluan sehingga engkau semua biarkan ia sebagai tergantung. jikalau engkau berbuat kebaikan dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang." (an-Nisa': 129)


Keterangan:
Dalam syariat Islam seorang lelaki dibolehkan berpoligami atau kawin lebih dari satu
dan dibatasi sebanyak-banyaknya empat isteri. Tetapi diberi syarat mutlak bagi suami itu hendaklah ia dapat berlaku adil. Maksudnya, jika kahwin dua orang masih dapat berlaku adil, hukumnya tetap boleh, tetapi jika dua orang saja sudah tidak dapat adil, maka wajib hanya seorang saja. Sekiranya beristeri dua dapat adil, tetapi jika sampai tiga, lalu tidak adil, maka haramlah bagi suami itu mengawini tiga isteri. Jadi yang dibolehkan hanya dua belaka. Seterusnya jika tiga orang dapat berbuat adil, tetapi kalau empat, lalu menjadi tidak adil, maka haram pula beristeri sampai empat itu. Jadi wajib hanya tiga isteri saja yang boleh dikahwini.

Ringkasnya keadilan itu memegang peranan utama untuk halal atau haramnya
lelaki kawin lebih dari satu. Ini sesuai dengan petunjuk Allah yang difirmankan dalam al-Quran, yakni:
"Maka bolehlah kamu mangahwini wanita-wanita itu dua orang,tiga dan empat.Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, maka seorang wanita saja yang dibolehkan."(an-Nisa': 3)

Keadilan yang dimaksudkan ialah mengenai hal-hal yang zahir, seperti bergilir untuk
bermalam. Tetapi yang mengenai isi hati tentu tidak diwajibkan adanya keadilan itu seperti rasa cinta kepada yang seorang melebihi kepada yang lain. Ini sama halnya dengan wanita yang bersaudara banyak, misalnya: Mungkin kepada si Nurul ia lebih cinta dan lebih senang, sedang kepada si siti tidak demikian atau kurang kecintaannya dan kepada si nur malahan membenci padahal semuanya sesaudara. Jadi mengenai rasa cinta tidak diwajibkan adanya keadilan. Demikian pula dalam hal persetubuhan, tidak pula diwajibkan adanya keadilan itu bagi suami terhadap para isterinya, sebab persoalan ini adalah sebagai hasil yang ditumbuhkan oleh rasa cinta tersebut.

Itulah yang dimaksudkan dalam Islam mengenai makna keadilan. Oleh sebab itu pula
Allah berfirman sebagaimana di atas, yang tujuannya ialah bahwa kamu semua, hai manusia, itu tidak mungkin dapat berbuat keadilan yang seadil-adilnya terhadap para isteri itu, sekalipun kamu ingin berbuat demikian.

Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda:
"Ya Allah, inilah daya-upayaku yang dapat kumiliki (yakni dalam berlaku adil
terhadap para isteri), saya tidak kuat memiliki sebagaimana yang Engkau miliki dan hal itu memang tidak saya miliki (atau saya tidak dapat melaksanakannya)."

Namun demikian, sekalipun kita tidak dapat berlaku seadil-adilnya terhadap para
isteri, kitapun diperingatkan oleh Allah Ta'ala dengan firmanNya:

"Jangan kamu miring atau terlampau condong kepada yang seorang dengan cara yang
kesangatan, sehingga engkau biarkan ia sebagai wanita yang tergantung."
(an-Nisa': 129)


Demikianlah peringatan Allah kepada kita kaum Muslimin.

bersambung.....

*Seperti biasa kelas pengajian pada hari jumaat di jubail dakwah guidance centre diisi dengan bedah kitab riyadhus salihin jilid 1 karya al-imam abu zakariya bin syaraf an-nawawi... Dan masih dalam perbincangan bab ke 34.. Semoga ilmu yang ditimba menjadi bekalan dan memberi manfaat buat semua..

-bersama rakan-rakan malaysia dan indonesia-

Thursday, March 21, 2013

Hilangnya permata tokoh gerakan islam ; as-syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti



Jumaat yang tenang, namun hatiku dipenuhi hiba dan sebak..

Pemergian sebutir lagi Permata Islam..
Syeikhuna Al-mahbub Al-'allamah Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti.

Tebaca berita di al-jazeera.net, Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri:
"Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya,

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Bau-bauan syurga sudah dicium olehnya..Allahu Allah..
Tenanglah engkau disana, wahai Mujtahid Ummah As-Syahid Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti

~Sheikh Ramadhan Al-Bouti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq..Pemergiannya (22 Mac 2013) bersamaan dengan tarikh pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (22 Mac 2004)~

* fiqh al- sirah merupakan antara kalam yang menjadi panduan buatku dan umat dalam dunia gerakan islam..sangat menginspirasikan ummah..
* al fatihah buat Syeikhuna Al-mahbub Al-'allamah Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti.Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan dan Rahmat yang agung kepada beliau, amiin. Rahimahullah ya Syaikhul Syuhada'..

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” - 2:154

sama-sama soroti biografi as-syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti
link : https://www.facebook.com/notes/ahbabul-musthofa-dan-pecinta-rasululloh-kota-surabaya/biografi-assyeikh-drsaid-ramadhan-al-buthi-cendekiawan-timur-tengah-pembela-ahlu/629130673780214

Tuesday, March 19, 2013

aku dan kerjaya ; musafir episod perkenalan.



Bismillahirrahmanirahim...
Sedar tak sedar sudah 6 bulan berada di bumi padang pasir, daerah jubail as-syarqiyyah di bawah pemerintahan kerajaan Arab Saudi. Sebelum ini apabila sebut sahaja Arab Saudi, tempat yg berlegar-legar dalam kepalaku tidak lain dan tidak bukan tanah suci haramain iaitu makkah dan madinah.Sebelum ini tidak pernah menyangka bahawa akan memijak bumi Anbia sungguhpun pernah suatu ketika dahulu punya azam dan keinginan bermusafir ke negeri anbia. Alhamdulillah , Allah punya aturan luar biasa untuk hamba-hambaNya.Maka sepatutnya kita sebagai hamba Allah kenalah sentiasa positif dan bersangka baik denganNya.

iklim dan budaya;
Perbezaan yang amat ketara di antara suasana di sini dengan tempat kelahiran jelas dari aspek iklim cuacanya yang sunggguh menguji daya tahan tubuh orang asia tenggara yg selama ini dimanjakan dengan iklim khatulistiwa [panas dan sejuk sepanjang tahun].Sedang di sini Iklim cuacanya mempunyai 2 musim peralihan iaitu panas dan sejuk., pabila tiba musim panas, maka bahangnya terasa, dan pabila tiba musim sejuk, dinginnya tak terkira..satu pengalaman yang menarik untuk menterjemahkan frasa; aku dapat rasa apa yg mereka rasa .. alhmdulillah .

Satu kelebihan yang dapat kuamati selama 6 bulan berada di sini yang sangat jauh berbeza dengan negeri kelahiran adalah suasana solat berjemaah yang memenuhi ruang masjid dan musollah pabila tibanya waktu solat fardhu.Undang-undang saudi yang tidak membenarkan urus niaga berlangsung pabila tiba waktu solat juga menarik perhatianku. Pernah satu ketika selepas menunaikan solat maghrib, aku dan teman-teman yang lain berjalan untuk membeli sesuatu di sebuah pasar raya di bandar jubail, sedang melihat rancaknya aktiviti muamalat antara peniaga dan pembeli,tapi pabila azan isyak berkumandang, kulihat segala urusan jual beli ditangguhkan, kedai yang dipenuhi dengan pengunjung menjadi lengang, para pemilik kedai bersiap serta mengunci pintu kedai..pergh!! anganku, mudah-mudahan negeri kelahirnku kelak akan melakukan transformasi seperti ini.

Kenalan baru, suasana baru, dan seterusnya skop kerja yang baru pasti akan mencabar daya fikir dan daya tindakanku.,moga kembara musafir kerjaya di bumi saudi ini dimudahkan olehNya. Doakanku teman.

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)


Monday, March 18, 2013

salman al- farisi ; perjalanan mencari kebenaran



Bila disebut sahaja berkaitan perang khandak ataupun nama lainnya perang al-ahzab,maka sosok figura sahabat yang bernama salman al-farisi tidak akan lekang daripada disebut-sebut namanya kerana beliau merupakan sahabat yang memberi pandangan berkaitan cadangan menggali parit sebagai langkah bertahan dari serangan pasukan ahzab kafir quraisy dengan pakatan-pakatan di luar kota madinah.Akhir daripada syura , Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang lainnya menerima cadangan salman al- farisi, dan asbab kecerdikan dan kepimpinan negara islam madinah dan juga berkat pertolongan daripada Allah s.w.t, maka kemenangan itu akhirnya berpihak kepada tentera islam madinah. Allahu Akhbar... Berbalik kepada siapa dia Salman Al-farisi? ada kisah lain yang perlu ditelaah oleh umat islam untuk dijadikan pengajaran.Sama-sama kita hayati perjalanan kisah salman al farisi dalam mencari jalan kebenaran.

Dari Abdullah bin Abbas Radliyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radliyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Dia berkata, “Aku seorang Ielaki Persia dari Isfahan, warga suatu desa bernama Jai. Ayahku adalah seorang tokoh masyarakat yang mengerti pertanian. Aku sendiri yang paling disayangi ayahku dari semua makhluk Allah. Karena sangat sayangnya aku tidak diperbolehkan keluar rumahnya, aku diminta senantiasa berada di samping perapian, aku seperti seorang budak saja.
Aku dilahirkan dan membaktikan diri di lingkungan Majusi, sehingga aku sebagai penjaga api yang berlanggung jawab atas nyalanya api dan tidak membiarkannya padam. Ayahku memiliki tanah perahan yang luas. Pada suatu hari beliau sibuk mengurus bangunan. Beliau berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, hari ini aku sibuk di bangunan, aku tidak sempat mengurus tanah, cobalah engkau pergi kesana!’ Beliau menyuruhku melakukan beberapa pekerjaan yang harus diselesaikan.

Aku keluar menuju tanah ayahku. Dalam perjalanan aku melewati salah satu gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka yang sedang sembahyang. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ayahku mengharuskan aku tinggal di dalam rumah saja (melarang aku keluar rumah).Tatkala aku melewati gereja mereka, dan aku mendengar suara mereka sedang shalat maka aku masuk ke dalam gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan?
Begitu aku melihat mereka, aku kagum dengan shalat mereka, dan aku ingin mengetahui peribadatan mereka. Aku berkata dalam hari, ‘Demi Allah, ini lebih baik dari agama yang kita anut selama ini.’ Demi Allah, aku tidak beranjak dari mereka sampai matahari terbenam. Aku tidak jadi pergi ke tanah milik ayahku. Aku bertanya kepada mereka, ‘Dari mana asal usul agama ini?‘ Mereka menjawab, ‘Dari Syam (Syiria).’

Kemudian aku pulang ke rumah ayahku. Padahal ayahku telah mengutus seseorang untuk mencariku. Sementara aku tidak niengerjakan tugas dari ayahku sama sekali. Maka ketika aku telah bertemu ayahku, beliau bertanya, ‘Anakku, ke mana saja kamu pergi? Bukankah aku telah berpesan kepadamu untuk mengerjakan apa yang aku perintahkan itu?’ Aku menjawab, ‘Ayah, aku lewat pada suatu kaum yang sedang sembahyang di dalam gereja, ketika aku melihat ajaran agama mereka aku kagum. Demi Allah, aku tidak beranjak dari lempat itu sampai matahari terbenam,’
Ayahku menjawab, ‘Wahai anakku, tidak ada kebaikan sedikitpun dalam agama itu. Agamamu dan agama ayahmu lebih bagus dari agama itu.’ Aku membantah, ‘Demi Allah, sekali-kali tidak! Agama itu lebih bagus dari agama kita.’ Kemudian ayahku khawatir dengan diriku, sehingga beliau merantai kakiku, dan aku dipenjara di dalam rumahnya.

Suatu hari ada serombongan orang dari agama Nasrani diutus menemuiku, maka aku sampai kan kepada mereka, ‘Jika ada rombongan dari Syiria terdiri dari para pedagang Nasrani, maka supaya aku diberitahu.’ Aku juga meminta agar apabila para pedagang itu telah selesai urusannya dan akan kembali ke negrinya, memberiku izin bisa menemui mereka.
Ketika para pedagang itu hendak kembali ke negrinya, mereka memberitahu kepadaku. Kemudian rantai besi yang mengikat kakiku aku lepas, lantas aku pergi bersama mereka sehingga aku tiba di Syiria.
Sesampainya aku di Syiria, aku bertanya, ‘Siapakah orang yang ahli agama di sini?’ Mereka menjawab, ‘Uskup (pendeta) yang tinggal di gereja.’ Kemudian aku menemuinya. Kemudian aku berkata kepada pendeta itu, ‘Aku sangat mencintai agama ini, dan aku ingin tinggal bersamamu, aku akan membantumu di gerejamu, agar aku dapat belajar denganmu dan sembahyang bersama-sama kamu.’ Pendeta itu menjawab, ‘Silahkan.’ Maka aku pun tinggal bersamanya.
Ternyata pendeta itu seorang yang jahat, dia menyuruh dan menganjurkan umat untuk bersedekah, namun setelah sedekah itu terkumpul dan diserahkan kepadanya, ia menyimpan sede-kah tersebut untuk dirinya sendiri, tidak diberikan kepada orang-orang miskin, sehingga terkumpullah 7 peti emas dan perak.
Aku sangat benci perbuatan pendeta itu. Kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani pun berkumpul untuk menge-bumikannya. Ketika itu aku sampaikan kepada khalayak, ‘Sebe-narnya, pendeta ini adalah seorang yang berperangai buruk, menyuruh dan menganjurkan kalian untuk bersedekah. Tetapi jika sedekah itu telah terkumpul, dia menyimpannya untuk diri­nya sendiri, tidak memberikannya kepada orang-orang miskin barang sedikitpun.’

Mereka pun mempertanyakan apa yang aku sampaikan, ‘Apa buktinya bahwa kamu mengetahui akan hal itu?’ Aku menjawab, ‘Marilah aku tunjukkan kepada kalian simpanannya itu.’ Mereka berkata, Baik, tunjukkan simpanan tersebut kepada kami.’ Lalu Aku memperlihatkan tempat penyimpanan sedekah itu. Kemudian mereka mengeluarkan sebanyak 7 peti yang penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka menyaksikan betapa banyaknya simpanan pendeta itu, mereka berkata, ‘Demi Allah, selamanya kami tidak akan menguburnya.’ Kemudian mereka menyalib pendeta itu pada tiang dan melempari jasadnya dengan batu.
Kemudian mereka mengangkat orang lain scbagai peng-gantinya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang tidak mengerjakan shalat lima waktu (bukan seorang muslim) yang lebih bagus dari dia, dia sangat zuhud, sangat mencintai akhirat, dan selalu beribadah siang malam. Maka aku pun sangat mencintai-nya dengan cinta yang tidak pernah aku berikan kepada selainnya. Aku tinggal bersamanya beberapa waktu.

Kemudian ketika kematiannya menjelang, aku berkata kepadanya, ‘Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersamamu, dan aku sangat mencintaimu, belum pernah ada seorangpun yang aku cintai seperti cintaku kepadamu, padahal sebagaimana kamu Iihat, telah menghampirimu saat berlakunya taqdir Allah, kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan, apa yang engkau perin-tahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, sekarang ini aku sudah tidak tahu lagi siapa yang mempunyai keyakinan seperti aku. Orang-orang yang aku kenal telah mati, dan masya-rakatpun mengganti ajaran yang benar dan meninggalkannya sebagiannya, kecuali seorang yang tinggal di Mosul (kota di Irak), yakni Fulan, dia memegang keyakinan seperti aku ini, temuilah ia di sana!’
Lalu tatkala ia telah wafat, aku berangkat untuk menemui seseorang di Mosul. Aku berkata, ‘Wahai Fulan, sesungguhnya si Fulan telah mewasiatkan kepadaku menjelang kematiannya agar aku menemuimu, dia memberitahuku bahwa engkau memiliki keyakinan sebagaimana dia.’

Kemudian orang yang kutemui itu berkata, ‘Silahkan tinggal bersamaku. Aku pun hidup bersamanya.’ Aku dapati ia sangat baik sebagaimana yang diterangkan Si Fulan kepadaku. Namun ia pun dihampiri kematian. Dan ketika kematian menjelang, aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Fulan, ketika itu si Fulan mewa­siatkan aku kepadamu dan agar aku menemuimu, kini taqdir Allah akan berlaku atasmu sebagaimana engkau maklumi, oleh karena itu kepada siapakah aku ini hendak engkau wasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai. anakku, Demi Allah, tak ada seorangpun sepengetahuanku yang seperli aku kecuali seorang di Nashibin (kota di Aljazair), yakni Fulan. Temuilah ia!‘
Maka setelah beliau wafat, aku menemui seseorang yang di Nashibin itu. Setelah aku bertemu dengannya, aku menceritakan keadaanku dan apa yang di perintahkan si Fulan kepadaku. Orang itu berkata, ‘Silahkan tinggal bersamaku.’ Sekarang aku mulai hidup bersamanya. Aku dapati ia benar-benar seperti si Fulan yang aku pernah hidup bersamanya. Aku tinggal bersama seseorang yang sangat baik.
Namun, kematian hampir datang menjemputnya. Dan di ambang kematiannya aku berkata, ‘Wahai Fulan, Ketika itu si Fulan mewasiatkan aku kepada Fulan, dan kemarin Fulan mewa-siatkan aku kepadamu? Sepeninggalmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? Dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, Demi Allah, tidak ada seorangpun yang aku kenal sehingga aku perintahkan kamu untuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Amuria (kota di Romawi). Orang itu menganut keyakinan sebagaimana yang kita anut, jika kamu berkenan, silahkan mendatanginya. Dia pun menganut sebagaimana yang selama ini kami pegang.’

Setelah seseorang yang baik itu meninggal dunia, aku pergi menuju Amuria. Aku menceritakan perihal keadaanku kepadanya. Dia berkata, ‘Silahkan tinggal bersamaku.’ Akupun hidup bersama seseorang yang ditunjuk oleh kawannya yang sekeyakinan.
Di tempat orang itu, aku bekerja, sehingga aku memiliki beberapa ekor sapi dan kambing. Kemudian taqdir Allah pun berlaku untuknya. Ketika itu aku berkata, ‘Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersama si Fulan, kemudian dia mewasiatkan aku untuk menemui Si Fulan, kemudian Si Fulan juga mewasiatkan aku agar menemui Fulan, kemudian Fulan mewasiatkan aku un­tuk menemuimu, sekarang kepada siapakah aku ini akan engkau wasiatkan? dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, aku tidak mengetahui seorangpun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu akan keluar diusir dari suatu tempat di Arab kemudian berhijrah menuju daerah antara dua perbukitan. Di antara dua bukit itu tumbuh pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu ter-dapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan, dia mau makan hadiah tetapi tidak mau menerima sedekah, di antara kedua bahunya terdapat tanda cincin kenabian. Jika engkau bisa menuju daerah itu, berangkatlah ke sana!’ Kemudian orang ini pun meninggal dunia. Dan sepeninggalnya, aku masih tinggal di Amuria sesuai dengan yang dikehendaki Allah.

Pada suatu hari, lewat di hadapanku serombongan orang dari Kalb, mereka adalah pedagang. Aku berkata kepada para pedagang itu, ‘Bisakah kalian membawaku menuju tanah Arab dengan imbalan sapi dan kambing-kambingku?’ Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu aku memberikan ternakku kepada mereka. Mereka membawaku, namun ketika tiba di Wadil Qura, mereka menzha-limiku, dengan menjualku sebagai budak ke tangan seorang Yahudi. Kini aku tinggal di tempat seorang Yahudi, Aku melihat pohon-pohon kurma, aku berharap, mudah-mudahan ini daerah sebagaimana yang disebutkan si Fulan kepadaku. Aku tidak biasa hidup bebas.
Ketika aku berada di samping orang Yahudi itu, kepo-nakannya datang dari Madinah dari Bani Quraidzah. la mem-beliku darinya. Kemudian membawaku ke Madinah. Begitu aku tiba di Madinah aku segera tahu berdasarkan apa yang disebut-kan si Fulan kepadaku. Sekarang aku tinggal di Madinah.
Allah mengutus seorang RasulNya, dia telah tinggal di Makkah beberapa lama, yang aku sendiri tidak pernah men-dengar ceritanya karena kesibukanku scbagai seorang budak.

Kemudian Rasul itu berhijrah ke Madinah. Demi Allah, ketika aku berada di puncak pohon kurma majikanku karena aku be-kerja di pcrkebunan, sementara majikanku duduk, tiba-tiba salah seorang keponakannya datang menghampiri, kemudian berkata, ‘Fulan, Celakalah Bani Qailah (suku Aus dan Khazraj). Mereka kini sedang berkumpul di Quba’ menyambut seseorang yang datang dari Makkah pada hari ini. Mereka percaya bahwa orang itu Nabi.’
Tatkala aku mendengar pembicaraannya, aku gemetar sehingga aku khawatir jatuh menimpa majikanku. Kemudian aku turun dari pohon, dan bertanya kepada keponakan majikanku, ‘Apa tadi yang engkau katakan? Apa tadi yang engkau katakan?‘ Majikanku sangat marah, dia memukulku dengan pukulan keras. Kemudian berkata, ‘Apa urusanmu menanyakan hal ini, Lanjutkan pekerjaanmu.’
Aku menjawab, ‘Tidak ada maksud apa-apa, aku hanya ingin mencari kejelasan terhadap apa yang dikatakan. Padahal sebenarnya saya telah memiliki beberapa informasi mengenai akan diutusnya seorang nabi itu.’

Pada sore hari, aku mengambil sejumlah bekal kemudian aku menuju Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam, ketika itu baginda sedang berada di Quba, lalu aku menemui baginda. Aku berkata, ”Telah sampai kepadaku kabar bahwasanya engkau adalah seorang yang shalih, engkau memiliki beberapa orang sahabat yang dianggap asing dan miskin. ‘Aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kalian lebih berhak menerima sedekahku ini daripada orang lain.’
Aku pun menyerahkan sedekah tersebut kepada baginda, kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada para sahabat, ‘Silahkan kalian makan, sementara beliau tidak menyentuh sedekah itu dan tidak memakannya. Aku berkata, ‘Ini satu tanda kenabiannya.’
Aku pulang meninggalkan baginda untuk mengumpulkan sesuatu. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam pun berpindah ke Madinah. Kemudian pada suatu hari, aku mendatangi baginda sambil berkata, ‘Aku memperhatikanmu tidak memakan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.’
Kemudian Rasulullah makan sebagian dari hadiah pemberianku dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiahku itu. Aku berkata dalam hati, ‘lnilah tanda ke nabian yang kedua.’

Selanjutnya aku menemui baginda Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam saat baginda berada di kuburan Baqi’ al-Gharqad, beliau sedang mengantarkan jenazah salah seorang sahabat, beliau mengenakan dua lembar kain, ketika itu baginda sedang duduk di antara para sahabat, aku mengucapkan salam kepada baginda. Kemudian aku berputar memperhatikan punggung baginda, adakah aku akan melihat cincin yang disebutkan Si Fulan kepadaku.
Pada saat Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam melihatku sedang memperhatikan beliau, beliau mengetahui bahwa aku sedang mencari kejelasan tentang sesuatu ciri kenabian yang disebutkan salah seorang kawanku. Kemudian beliau melepas kain selendang beliau dari punggung, aku berhasil melihat tanda cincin kenabian dan aku yakin bahwa beliau adalah seorang Nabi. Maka aku telungkup di hadapan beliau dan memeluknya seraya menangis.
Rasulullah bersabda kepadaku, ‘Geserlah kemari,’ maka akupun bergeser dan menceritakan perihal keadaanku sebagai-mana yang aku ceritakan kepadamu ini wahai Ibnu Abbas. Kemudian para sahabat takjub kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika mendengar cerita perjalanan hidupku itu.”
Salman sibuk bekerja sebagai budak. Dan perbudakan inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. “Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam suatu hari bersabda kepadaku, ‘Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!’ Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang hams aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.

Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam, mengumpulkan para sahabat dan bersabda, ‘Berilah bantuan kepada saudara kalian ini.’ Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seo-rang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, masing-masing sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.
Setelah terkumpul Rasulullah bersabda kepadaku, ‘Berang-katlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletak-kannya di tanganku.’ Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dan memberitahukan perihalku, Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada beliau dan Rasulullah pun meletakkannya di tangan beliau. Maka, demi jiwa Salman yang berada di TanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.
Untuk tebusan pohon kurma sudah terpenuhi, aku masih mempunyai tanggungan uang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam membawa emas sebesar telur ayam hasil dari ram-pasan perang. Lantas beliau bersabda, ‘Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?’ Kemudian aku dipanggil beliau, lalu beliau bersabda, ‘Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebus-anmu wahai Salman!’
Wahai Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam, bagaimana status emas ini bagiku? Rasulullah menjawab, ‘Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberi kebaikan kepadanya.’ Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di TanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.
Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.’