Tuesday, March 19, 2013

aku dan kerjaya ; musafir episod perkenalan.



Bismillahirrahmanirahim...
Sedar tak sedar sudah 6 bulan berada di bumi padang pasir, daerah jubail as-syarqiyyah di bawah pemerintahan kerajaan Arab Saudi. Sebelum ini apabila sebut sahaja Arab Saudi, tempat yg berlegar-legar dalam kepalaku tidak lain dan tidak bukan tanah suci haramain iaitu makkah dan madinah.Sebelum ini tidak pernah menyangka bahawa akan memijak bumi Anbia sungguhpun pernah suatu ketika dahulu punya azam dan keinginan bermusafir ke negeri anbia. Alhamdulillah , Allah punya aturan luar biasa untuk hamba-hambaNya.Maka sepatutnya kita sebagai hamba Allah kenalah sentiasa positif dan bersangka baik denganNya.

iklim dan budaya;
Perbezaan yang amat ketara di antara suasana di sini dengan tempat kelahiran jelas dari aspek iklim cuacanya yang sunggguh menguji daya tahan tubuh orang asia tenggara yg selama ini dimanjakan dengan iklim khatulistiwa [panas dan sejuk sepanjang tahun].Sedang di sini Iklim cuacanya mempunyai 2 musim peralihan iaitu panas dan sejuk., pabila tiba musim panas, maka bahangnya terasa, dan pabila tiba musim sejuk, dinginnya tak terkira..satu pengalaman yang menarik untuk menterjemahkan frasa; aku dapat rasa apa yg mereka rasa .. alhmdulillah .

Satu kelebihan yang dapat kuamati selama 6 bulan berada di sini yang sangat jauh berbeza dengan negeri kelahiran adalah suasana solat berjemaah yang memenuhi ruang masjid dan musollah pabila tibanya waktu solat fardhu.Undang-undang saudi yang tidak membenarkan urus niaga berlangsung pabila tiba waktu solat juga menarik perhatianku. Pernah satu ketika selepas menunaikan solat maghrib, aku dan teman-teman yang lain berjalan untuk membeli sesuatu di sebuah pasar raya di bandar jubail, sedang melihat rancaknya aktiviti muamalat antara peniaga dan pembeli,tapi pabila azan isyak berkumandang, kulihat segala urusan jual beli ditangguhkan, kedai yang dipenuhi dengan pengunjung menjadi lengang, para pemilik kedai bersiap serta mengunci pintu kedai..pergh!! anganku, mudah-mudahan negeri kelahirnku kelak akan melakukan transformasi seperti ini.

Kenalan baru, suasana baru, dan seterusnya skop kerja yang baru pasti akan mencabar daya fikir dan daya tindakanku.,moga kembara musafir kerjaya di bumi saudi ini dimudahkan olehNya. Doakanku teman.

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)


No comments:

Post a Comment