Photobucket

Thursday, November 14, 2013

Catatan Ziarah ke tanah Haramain



Ziarah tarbawi ke tanah haramain [13-15 SAFAR 1434H]

Setelah hampir cukup 3 bulan bermukim di bumi padang pasir ini barulah berpeluang mengerjakan umrah ke tanah suci Kota Makkah al- Mukarramah,..Alhamdulillah,.lafaz kesyukuran buat Maha Pencipta.

Perjalanan dari daerah jubail, as-syarqiyyah ke kota makkah mengambil masa kira-kira 15 jam mengikut laluan darat. Jika melalui penerbangan domestik (airport Dammam ke airport Jeddah) pula memakan masa hampir 2 jam 30 minit . Dengan kos tambang bas express sebanyak lebih kurang SAR 200(Ulang-alik) Aku bersama rakan yang lain memilih perjalanan darat, perjalanan jauh yang merentas sempadan Kota Dammam, Riyadh, Madinah juga kota Taif . Perjalanan jauh tak mengapa bagiku kerana inilah peluang untukku lebih mengenali dan memahami bumi kelahiran Rasul Akhir Zaman …





Gambar peta (kedudukan kota makkah)













Musafir membina ukhuwah..

Sepanjang  permusafiran ke tanah haramain , terdapat beberapa perkara yang begitu menarik buatku untuk dikongsikan . Dalam perjalanan terasa dipermudahkan, dapat berkenalan dengan jamaah daripada Indonesia yang lebih senior daripada kami, serumpun melayu Cuma dialek bahasanya sahaja  berbeza sedikit.Sebelum memasuki kota makkah, kami singgah di miqat qanul manazil (kota Taif) selama 1 jam bagi tujuan solat subuh, istirehat seterusnya niat ihram dan mengenakan pakaian ihram. Perjalanan diteruskan dalam sejam lebih untuk memasuki kota makkah.  

 Ihram di miqat qanul manazil (kota Taif)
Setibanya di kota makkah, Kami bernasib baik kerana 2 orang kenalan jamaah Indonesia ini sangat mahir berbahasa arab ammiyah (pertuturan/pasar). Timbul rasa kagum kepada mereka kerana jika nak dibandingkan dengan kami yg  berbahasa arab entah ke mana.. haha...maka azamku selepas ini  kenala fasih berbahasa arab.. Alhamdulillah memandangkan kenalan dari Indonesia itu kerap melakukan umrah , senanglah urusan kami dalam mendapatkan bilik sewa di hotel sekitar makkah dan mudah bagi kami mengatur aktiviti perjalanan umrah dan yang lainnya.. 

suasana jamaah yang sedang tawaf di sekitar kaabah
Lautan manusia membanjiri kaabah..
Sesampainya di masjidil haram,aku melihat suasana lautan manusia yang berbeza bangsa, warna kulit, bahasa bersama-sama menunjukkan kecintaan kepada agama bagi menunaikan ibadah umrah kerana ingin meraih redha Allah s.w.t.. Allahu Rabbi, terbukti hebatnya Islam sebagai agama panutan juga agama kehidupan yang mana tidak ada diskriminasi dalam kelompok-kelompok bermasyarakat juga dalam beramal.Sesuai dengan firman Allah s.w.t :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [49:13]

Alhamdulillah selesai menunaikan ibadah umrah, kami turut mengambil peluang untuk melawati beberapa tempat yang menarik dan bersejarah di kota kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ..
Insya Allah Moga akan kembali lagi menyahut lambaian Kaabah bersama sahabat-sahabat juga insan-insan yang istimewa.

Lensa kenangan 
jamaah yang sedang melakukan ibadah sai' (dari bukit safa dan marwa)


menunggu giliran untuk bercukur (tahalul)
suasana sekitar kaabah

satu-satunya restoran malaysia di dalam clock tower
di luar masjidil haram

di hadapan perpustakaan mekkah


3 comments: