Photobucket

Thursday, March 21, 2013

Hilangnya permata tokoh gerakan islam ; as-syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti



Jumaat yang tenang, namun hatiku dipenuhi hiba dan sebak..

Pemergian sebutir lagi Permata Islam..
Syeikhuna Al-mahbub Al-'allamah Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti.

Tebaca berita di al-jazeera.net, Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri:
"Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya,

"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku"

Bau-bauan syurga sudah dicium olehnya..Allahu Allah..
Tenanglah engkau disana, wahai Mujtahid Ummah As-Syahid Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti

~Sheikh Ramadhan Al-Bouti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq..Pemergiannya (22 Mac 2013) bersamaan dengan tarikh pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (22 Mac 2004)~

* fiqh al- sirah merupakan antara kalam yang menjadi panduan buatku dan umat dalam dunia gerakan islam..sangat menginspirasikan ummah..
* al fatihah buat Syeikhuna Al-mahbub Al-'allamah Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti.Semoga Allah senantiasa memberikan ampunan dan Rahmat yang agung kepada beliau, amiin. Rahimahullah ya Syaikhul Syuhada'..

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” - 2:154

sama-sama soroti biografi as-syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti
link : https://www.facebook.com/notes/ahbabul-musthofa-dan-pecinta-rasululloh-kota-surabaya/biografi-assyeikh-drsaid-ramadhan-al-buthi-cendekiawan-timur-tengah-pembela-ahlu/629130673780214

4 comments:

  1. semoga hilangnya seorang permata Islam,akan melahirkan lebih ramai lg permata Islam yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen.. sebab itu kerja buat islam xpernh hilang..walaupun permata2 islam telah tiada tp tetap shj munculnya permata2 yg baru..
      -depend jak pada individu2 yg ada pada hri ini.. mau bersama bahtera islam atau nda..smoga semua istiqamah.

      Delete
  2. wah... sejak bila rajin update blog ni.. bagus, saya da nampak sebutir permata dan mutiara yang bakal menggantikan syeikh al Buti.. huhu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak se'update' blog ibnu darwin.. abg nmpk jugk permata d sana.. :)

      Delete